Tuesday 3 August 2021

Simpanan V.S Pelaburan... Apakah kelebihannya ???

 SIMPANAN VS PELABURAN

Simpanan dan pelaburan adalah dua konsep yang berbeza walaupun nampak seakan-akan sama. Ramai yang melabur tapi menggunakan istilah menyimpan. Its ok. No problem pun. Asalkan kita buat, kita dapat hasilnya. Istilah tak penting pun. Cuma sebaiknya, kita perlulah faham beza antara simpanan dan pelaburan. 

Simpanan

Simpanan bermaksud kita ingin mengekalkan sesuatu pada keadaan asalnya. Contohnya kita menyimpan duit di dalam akaun simpanan bank. Duit di dalam akaun tidak akan berkembang atau bertambah kecuali jika kita menambah duit ke dalam akaun tersebut. Kalau ada pertambahan pun, sedikit sangat nilainya. 

Menabung di dalam tabung ayam, tabung buluh, bawah tikar, tin milo dan lain-lain juga termasuk dalam kategori simpanan. 

Selain itu, emas juga masuk dalam kategori simpanan kerana nilai emas kekal dari dulu hingga sekarang. Cuma harga emas yang berubah-ubah. Orang bijak mampu menjana keuntungan daripada perubahan harga emas melalui urusan jual beli. Ada juga yang rugi dalam urusan jual beli emas. Itu normal bila kekurangan ilmu.


Pelaburan

Pelaburan bermaksud mengembangkan wang. Dalam pelaburan, ada potensi untung yang tinggi dan ada juga risiko rugi. Terdapat pelbagai platform pelaburan yang berbeza-beza mengikut kadar risiko dan keuntungan. 

Contoh pelaburan adalah unit amanah (termasuk ASB), hartanah, saham, bitcoin dan lain-lain. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi potensi keuntungan. Pastikan kita ada ilmu sebelum melabur supaya dapat kurangkan risiko kerugian dan dapat meningkatkan potensi keuntungan. 

Unit Amanah - ASB

Terdapat pelbagai dana unit amanah di Malaysia. ASB adalah unit amanah harga tetap, di mana harga unit bagi ASB adalah kekal pada RM1.00 sepanjang masa. Ada juga unit amanah harga berubah yang sentiasa berubah mengikut keadaan ekonomi. 

Apabila harga unit ASB tetap, ini menjadikan ASB pelaburan tanpa risiko. Duit yang disimpan tidak akan susut walau apapun yang berlaku. Kalau dapat dividen sekitar 5-7% pun sudah memadai memandangkan tiada risiko yang perlu ditanggung. Namun, kesan inflasi menyebabkan harga barang semakin meningkat dan kuasa beli duit kita semakin susut. Jadi, sesetengah orang berpendapat pulangan 5-7% tidak memadai jika diambil kira kesan inflasi. 


ASB Financing

ASB Financing adalah kaedah yang digunakan untuk meningkatkan pulangan pelaburan ASB. Jika pulangan ASB sekitar 5% setahun, kita boleh menjadikan pulangan sekitar 65% dengan teknik yang betul. 

Contohnya jika kita mampu simpan RM770 setiap bulan selama setahun;

ASB Biasa

Modal: 770 x 12 = RM9,240

Dividen: 5% = RM248.38

Jumlah = RM9,488.38


ASB Financing

ASBF 200K

- Rate 3.45%

- Max 40Y

- Bulanan RM770

- Setahun RM9240


Hasil selepas setahun;

Dividen: 5% x 200K = RM10,000

Prinsipal: 200,000 - 197,720 = RM2,280

Jumlah = RM12,280

*RM197,720 adalah anggaran baki hutang pokok selepas 12 bulan.

Untuk mendapatkan hasil sebanyak RM12,280, kita perlu menyimpan dalam dana yang memberikan pulangan sekitar 65% setahun (Rujuk Gambar). Walaupun potensi keuntungan ASBF tinggi, namun tetap ada risikonya. Jadi belajar betul-betul bagi faham supaya dapat kurangkan risiko dan meningkatkan keuntungan. Kalau tak tahu, boleh ikut saranan orang yang mahir. 

[Pengiraan di atas hanyalah ilustrasi untuk tujuan pemahaman. Hasil sebenar bergantung kepada teknik, tempoh pelaburan, kadar dividen sebenar dan kadar keuntungan bank.] 

Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon ASBF, boleh klik link di bawah;

Ask Mr. Bakri whatsapp ---> 019-5519413
http://www.wasap.my/+60195519413/SimpananPelaburan

No comments:

Post a Comment

Kepada semua kaum Cina yang meraikan Mid Autumn Festival 2021

  Perayaan Kuih Bulan  atau  Perayaan Pertengahan Musim Luruh  ( Cina Ringkas :  中秋节 ;  Cina Tradisional :  中秋節 ;  pinyin : zhōngqiūjié) mer...