Sunday 8 August 2021

Tujuan Penubuhan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional diperbadankan pada 1 Disember 1974 oleh Kementerian Kewangan di bawah Tengku Razaleigh Hamzah, iaitu Menteri Kewangan Malaysia pada penggal tersebut. Dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak, iaitu Perdana Menteri Malaysia kedua – BSN ditubuhkan untuk mengambil alih tugas “Post Office Savings Bank”.

Tujuan utama Bank ini ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan pengurusan kewangan bijak kepada rakyat Malaysia pada ketika itu. BSN melancarkan kempen-kempen dan program yang menggalakkan rakyat menyimpan dan melabur untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

BSN juga adalah bank pertama di Malaysia yang memperkenal “Virtual Teller Machine” untuk memudahkan urusan perbankan secara maya tanpa perlu bantuan kakitangan bank.

Bank Simpanan menawarkan pelbagai produk dan servis perbankan. Ini termasuk perbankan peribadi, perbankan Islam, dan perbankan perniagaan.  BSN juga mempunyai anak syarikat yang menguruskan dana amanah iaitu Permodalan BSN Berhad, dan pengurusan insurans iaitu Prudential BSN Takaful Berhad dan Gibraltar BSN Life Berhad.

Antara produk perbankan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional ialah akaun deposit, kad kredit dan kad debit, pembiayaan peribadi dan juga pengurusan harta. Perbankan peribadi ditawarkan dalam bentuk perbankan konvensional dan juga perbankan Islamik. BSN juga menawarkan pembiayaan perniagaan dalam bentuk pinjaman Micro untuk usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.


INFO LANJUT @ MAKLUM BALAS SECARA WHATSAPP

Ask Mr. Bakri whatsapp ---> 019-5519413
http://www.wasap.my/+60195519413/InfoBSNMyHome

Ask Mr. Bakri whatsapp ---> 019-5519413

http://www.wasap.my/+60195519413/InfoBSNMyHome

Ask Mr. Bakri whatsapp ---> 019-5519413

http://www.wasap.my/+60195519413/InfoBSNMyHome





No comments:

Post a Comment

Kepada semua kaum Cina yang meraikan Mid Autumn Festival 2021

  Perayaan Kuih Bulan  atau  Perayaan Pertengahan Musim Luruh  ( Cina Ringkas :  中秋节 ;  Cina Tradisional :  中秋節 ;  pinyin : zhōngqiūjié) mer...